Thursday, October 29, 2009

Hari ke-4 cuti

Assalamualaikum..

Pagi nih breakfast kat dalam hotel je. pas tu hubby pi keja, bees kemas barang sebelum check-out. Sementara tuh sempat la sambung citer detective conan. x khatam lagi tgk citer nih...huhuhuhuuu..Kat lua hujan sekejap lebat n sekejap ranyai. dalam hati bees kalau seminggu camnih boleh banjir lagi. Maklumla da bulan sepuluh. musim tengkujuh da start.
Baca surat khabar arinih ada berita berlakunya kebocoran tangki kumbahan kat pasar payang. Alamat x leh nak pi borong baju batik la...huhuhuhuuu...hubby cakap x pe la kita pi la dolo..tgk keadaan camner. sampai jer kat depan pasar tuh, try la buka tingkap..alamak..bauuuu..kuat betul..camnih kalau nak pi kena la tutup idung n tahan nafas..camner nih...x payah pi la camnih..
Pastu kami pun gerak ke cherating. kali ni betul-betul bercuti ngan hubby. kami dok kat holliday villa. Check-in dalam kul 6.15 petang. masa on the way tadi ngan hujan n menyinggah jap kat Pantai Teluk Gadung. bees suka tempat tu. masa last pi sana tempat tu cantik n banyak kulit siput n kerang yang cantik2. bees suka kutip kulit siput..buat kenangan, tapi hubby kata nanti wat sampah je..bees x kira, nak juga...huhuhu..degil sungguh. hubby selalu cakap

hubby : dia nih, kalau nak sesuatu memang x boleh kata tidak.

Heheheheee...bees nya perangai..nak wat camner...Tapi masa kat Teluk Gadung tuh da banyak yang berubah. Ada pasir yang ditambak kat kawasan yang bees selalu amik kulit siput...Kulit siput pun da x banyak..n da ramai orang yang berdating..x pasti la da jadi suami isteri ke belum...:C x best la...kat situ pun x lama..hubby kata lambat plak nak check-in.
Masa kat reception da berangan nak mandi kolam. sesampai je...alamakkkk ramainya orang...rupanya abang askar sumer, cancel bees nak mandi. hubby pun x jadi pi nak mandi sbb da ramai sangat..x best la...so petang tu berjalan-jalan je kat tepi pantai. sedey la x dapat nak mandi kat kolam. angan-angan yang dinanti semasa check-in tadi x kesampaian. hilang bersama hujan malam tuh...huhuhuuuu sedeynyer...
Letih skit malam nih, so tido awal la malam nih..kul 12.00 rasa mata nih da x bleh nak buka..soooo zzzzzzzzzzzzzzzz



Masa ni da hampir senja. Turun jap tengok tepi pantai, apa yang ada..sejukkk..



Dinner ngan hubby kat luar, da kul 10.30pm...Ingatkan macam batu pahat kul 10.30 masih ramai orang. Tengok2 kedai makan pun da x de orang..Tak tahu mane yang best n da lapar x kisah la nak makan manapun. Yang pastinya malam tu makan biase je. Terkulat-kulat nak abihkan..



Kota lama yang tak boleh jadi kubu..jadi kubur bleh la...haks..hakss..x de seni langsung..



Bentuk apakah itu????




Pasir berbutir..bees suka tengok

Wednesday, October 28, 2009

Hari ke-3 cuti

Assalamualaikum..

pagii..oleh kerana x bfast kat hotel bees n hubby pi kat kedai makan sebelah hotel. makan roti telur n kopi-O je...ok lah kan menu sarapan..huhuhuuu..ari nih hubby lawat student kat syarikat Ras Multicom...bidang syarikat ni adalah memasarkan sistem keselamatan n ada juga walkie-talkie. boleh tahan juga syarikat nih...syarikat ni letaknya IM3...satu kawasan ngan kolej syahputra n kolej komuniti kuantan..sempatla bees jalan-jalan kat situh..sekadar melihat-lihat dan berfikir tentang sesuatu...heheheee..pas abih kat situ, hubby n bees pun bertolak ke kota bahru...perjalanan masih jauh lagi. lebih kurang 5 jam. Oleh kerana x makan tgh ari, so bees minta ngan hubby brenti jap kat KT. nak beli ICT..apa tuh ICT????information n communication technology ker??? Ikan Celup Tepung daaa...hehehe lapar sangat masa tu bila teringatkan sotong, udang, ketam n ikan...bila makan panas-panas memang sedap. sampai sana pi la tgk apa yg ada...nasib x menyebelahi bees hanya sotong, udang,keropok n ikan je yang ada...oleh sebab beli utk makan dalam keta so beli udang n sotong jer..x leh nak makan banyak2. nanti takut muak n x abih..hubby cakap sotong celup tepung sedap makan kat skudai baru. buat masa nih x de sape lagi yg buat lagi best selain bees sendiri..hahahaaa...
Masa on the way ke KB, hujan lebat sangat. hubby terpaksa bawa perlahan. x berani n bawa laju. so sampai kat sutera inn da lewat..dalam kul 5.30 baru check-in. Ok juga hotel nih..betul-betul kat simpang empat..menghadap wisma persekutuan n sebelahnya hospital. student hubby LI kat Hospital KB. so dekat je la..hubby nak jalan kaki jer pi situ. bees ok je..x kisah la...yang pasti keja boleh buat..
Malam tu hubby ajak pi up-town. tapi mungkin da kul 10.00 or hujan ada 2 gerai je yang buka. so cancel la..Oleh sebab hujan x berenti lagi hubby ajak makan kat hotel. hubby makan chicken chop, bees plak makan nasi goreng n telur bungkus. Air cam biasa la, fresh oren...abih licin kena balun ngan bees n hubby. rasa lapar sangat sebab hujan kot. apa saja depan mata semua sedap.
Badan rasa letih, tapi mata x rasa mengantuk lagi. apa nak buat lagi, so tgk la e-mail. n sempat juga update blog nih skit. Broadband kat KB sangat laju..tgk detective conan kat youtube. x der sangkut-sangkut pun...ni sangat bagus. kalaulah broadband kat BP camtuh juga kan best. nih x, lambat sangat. kekadang tuh no network. lagi-lagi ari ahad. bercinta kalau nak buka e-mail. geram juga. nak off broadband tu hubby kata nanti dolo..tungguuuu...
K lah..x reti nak taip apa lagi..esok kita jumpa lagi..bye..Sebelum tu bees ada attachkan dinner menu dinner bees. Hubby punyer x sempat nak amik..hahahaaa..sory..



Ini nasi goreng kampung...Ok la juga..Abih bees makan, cuma tinggal tulang ayam je x makan. Mungkin sebab lapar kot, ngan ujan lagi..huhuhuuu




Telur Bungkus..Not bad rasanya



Yang ini my peberet..Orange Juice..

Tuesday, October 27, 2009

Seconday Trip LI

Assalamualaikum....
kita berjumpa lagi. hari ini hubby pi lawat student. satu kar radifems (radicare) n satu lagi kat PTS publishing...radifems adalah syarikat yang buat maintenance berkaitan alat yang digunakan di hospital manakala radifems adalah syarikat percetakan buku-buku. kebanyakkan buku yang dikeluarkan adalah buku-buku motivasi. hubby sempat beli satu buku. hubby cakap juga kalau ikut bees masuk kat situh mesti seronok n rambang mata nak pilih buku. hubby da biasa kalau masuk kedai buku mesti bees mesti beli sekurang-kurangnya 1. x kisah lah buku atau majalah.. buku masakan ke, sudoku ke, majalah n etc...

Lepas abih sumer nak gerak ke kuantan pulak.esok ada sorang student kat sane. sebelum bertolak isi minyak dolo. x kan keta jer isi minyak..tuan keta pun nak minum n makan juga. tengah ari tu makan kat burger king..bestnyeeee...x dapat nak makan kat McD. hubby x bagi lagi makan kat situh selepas dapat tahu sebahagian hasil dari McD disalurkan ke israel...sedia maklum pasal krisis peperangan di ghaza. tengok pasal kes penjara abu gharib lagi. kanak-kanak yang hilang keluarga, bom nuklear yang memberikan kesan kepada bayi. sampai skang nih x berani nak makan. x kan lah nak jadi sebahagian penyumbang kepada kekejaman ke atas manusia...membebel banyak plak....huhuhuuuuuu...
Sampai kuantan dalam kul 5 lebih..check in kat Grand Continental Kuantan. bestnya dapat baring...rasa tulang belakang nih da kejang....malam pi kat shopping komplek bersebelahan. rupanya bees baru perasan hotel nih bersebelahan ngan hospital n shoping kompleks...nak lari topik skit...cam pelik skit la..bukan ke biasanya hospital jauh skit ngan environment yang camnih...tapi x tahu la..sape yang naik dolo???hospital kah???shopping kompleks kah????atau hotel kah???errrmmm pikir-pikirkanlah...kembali ke topik semula daaa....pi shopping kompleks apa lagi yang bees bleh buat...bli la skit barang...hahahaaa...dapat bli suar kat reject shop je...then makan kat warung sebelah shopping kompleks..sedap juga makan kat situh..nasi goreng kampung, telur mata n sup daging..minum fresh oren...bestt..licin sumer bees n hubby makan...da kenyang apa lagi...bees zzzzzzzzzz hubby lambat skit...biasa la..hubby x reti nak tido awal..kul 2 or 3 baru nak tido...malam tu hujan nyenyak tul tido........k gud nite all....

Monday, October 26, 2009

Cuti Semingu

Assalamualaikum..
Buat semua yang membaca blog nih bees nak ucapkan terima kasih. Buat pengetahuan semua bermula hari isnin hingga jumaat nih bees cuti. ikut hubby lawat student L.I. Dari Batu pahat arituh kul 7.00 pagi..sampai KL trus pi lawat student L.I. bees tunggu kat dlm keta je. x nak la ganggu hubby tgh wat keja. petang ada satu lagi student. sementara tuh makan dolo kat kfc memandangkan tempat tuh dekat ngan student LI tu. so bees order dinner plate n fries, hubby plak cheesy wedges n burger. apa yang bees order sumer ada kecuali hubby nyer burger.

adik cashier : boleh tunggu 10 minit
hubby : ok

so bees memulakan makan dolo la..dah abih semua bees balun burger hubby x sampai lagi. kalo x salah dah dekat 45 minit. bees start bising...camner la dia org wat keja nih. apa lagi hubby pi kaunter, cakapm berlapik n tipis je denga kat telinga. tapi pedassss..berasap saper yang denga.




hubby : service teruk eh???camne n

huhuhuuuu..saper suh wat customer camtuh...bukan x bayar...bukan pakai credit card..bayar tunai.sepatutnya cash n carry. nih x cash n buat dono jeee..huhuuuuu...pas abih tuh hubby pi lawat stdnt LI. bees tunggu dalam keta je...panas tul laaa..hampir tertidur...sib baik buku sudoku mengubat keboringan menunggu...

Saturday, October 17, 2009

One Malaysia

Assalamualaikum..

Baru sempat nak upload gambar yang bees tangkap masa Deepavali aritu..Gambar ni amik kat care4 BP.



Kreatif