Thursday, October 29, 2009

Hari ke-4 cuti

Assalamualaikum..

Pagi nih breakfast kat dalam hotel je. pas tu hubby pi keja, bees kemas barang sebelum check-out. Sementara tuh sempat la sambung citer detective conan. x khatam lagi tgk citer nih...huhuhuhuuu..Kat lua hujan sekejap lebat n sekejap ranyai. dalam hati bees kalau seminggu camnih boleh banjir lagi. Maklumla da bulan sepuluh. musim tengkujuh da start.
Baca surat khabar arinih ada berita berlakunya kebocoran tangki kumbahan kat pasar payang. Alamat x leh nak pi borong baju batik la...huhuhuhuuu...hubby cakap x pe la kita pi la dolo..tgk keadaan camner. sampai jer kat depan pasar tuh, try la buka tingkap..alamak..bauuuu..kuat betul..camnih kalau nak pi kena la tutup idung n tahan nafas..camner nih...x payah pi la camnih..
Pastu kami pun gerak ke cherating. kali ni betul-betul bercuti ngan hubby. kami dok kat holliday villa. Check-in dalam kul 6.15 petang. masa on the way tadi ngan hujan n menyinggah jap kat Pantai Teluk Gadung. bees suka tempat tu. masa last pi sana tempat tu cantik n banyak kulit siput n kerang yang cantik2. bees suka kutip kulit siput..buat kenangan, tapi hubby kata nanti wat sampah je..bees x kira, nak juga...huhuhu..degil sungguh. hubby selalu cakap

hubby : dia nih, kalau nak sesuatu memang x boleh kata tidak.

Heheheheee...bees nya perangai..nak wat camner...Tapi masa kat Teluk Gadung tuh da banyak yang berubah. Ada pasir yang ditambak kat kawasan yang bees selalu amik kulit siput...Kulit siput pun da x banyak..n da ramai orang yang berdating..x pasti la da jadi suami isteri ke belum...:C x best la...kat situ pun x lama..hubby kata lambat plak nak check-in.
Masa kat reception da berangan nak mandi kolam. sesampai je...alamakkkk ramainya orang...rupanya abang askar sumer, cancel bees nak mandi. hubby pun x jadi pi nak mandi sbb da ramai sangat..x best la...so petang tu berjalan-jalan je kat tepi pantai. sedey la x dapat nak mandi kat kolam. angan-angan yang dinanti semasa check-in tadi x kesampaian. hilang bersama hujan malam tuh...huhuhuuuu sedeynyer...
Letih skit malam nih, so tido awal la malam nih..kul 12.00 rasa mata nih da x bleh nak buka..soooo zzzzzzzzzzzzzzzz



Masa ni da hampir senja. Turun jap tengok tepi pantai, apa yang ada..sejukkk..



Dinner ngan hubby kat luar, da kul 10.30pm...Ingatkan macam batu pahat kul 10.30 masih ramai orang. Tengok2 kedai makan pun da x de orang..Tak tahu mane yang best n da lapar x kisah la nak makan manapun. Yang pastinya malam tu makan biase je. Terkulat-kulat nak abihkan..



Kota lama yang tak boleh jadi kubu..jadi kubur bleh la...haks..hakss..x de seni langsung..



Bentuk apakah itu????




Pasir berbutir..bees suka tengok

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home