Tak Banyak Perkara
Assalamualaikum..
Minggu lepas tak banyak perkara yang menarik berlaku..Seperti biasa saja. Cuaca yang panas membuatkan bees rasa kurang sihat skit. Walaupun ada hujan, rasa bahang dalam rumah kekal terasa.
Macam mana la agaknya pokok sayur yang bees tanam. Agak2 dah jadi hutan rimba..Emak pun ada bg tau, pokok kacang bees dah berbuah dan boleh dituai hasilnya. Itupun jiran belakang bagi tau sebab datang umah nak minta buah belimbing. Nak masak asam rebus katanya. So petang tu bees pun menjejakkan kaki kat pokok kacang ku sebatang (tul tak eh kata nama tuh)..ala lantak la...yang penting pokok kacangku sudah mengeluarkan hasil. Mulanya macam x percaya je, ye la hutan rimba tropika la katakan. Pokok kacang n rumput cam sama je..Malas tul nak bersihkan..huhuuu..Sekali buang rumput yang ada, nah...berlembar2 kat atas tanah...Sayangnya(sedey gak tgk kacang tuh tergolek atas tanah + ngan rumput)..kalau la ikat ngan tali kan cantik n buah lagi banyak.Ermmm nak wat camner kan..da malassss...kehh..keh..Tapi Syukur Alhamdulillah..dapat juga hasil dari tanam sayur sendiri..Bila petik je rasa puas sangat. Petang tu aku dapat 10 lembar...ada 5 lembar yang dah agak tua sedikit dan bentuk tak sekata (kerepot)..Bees tinggalkan saja kat pokok untuk dibuat benih..
Bawa la masuk uma
"yang, tengok kacang nih. banyak eh.."
"wahhh..banyaknye"...(tak tau la ayat nak sdapkan ati ke)da bleh wat masak lauk makan malam ni."
sengih je la..
kat dapur
"Banyak juga buahnya jah. Ini la kalau berbudi pada tanah. Esok masak sayur kacang goreng ngan tahu kering n sohoon sdap."
masak goreng ngan sohoon adalah feberet hubby.
Errmmm..ada lagi kat pokok tu, bleh la bawa balik kasi emak kat kampung...
senyum lagi..Alhamdulillah..
'Pokok lada je yg belum buah lagi."
"Kalau da kena hujan, segar la pokok tu. tak lama lagi banyak la buah dia"
Angguk kepala je..Hari tuh terbanyak sembur ubat. Oleh sebab banyak semut, bees sembur ngan ubat serai wangi..Tup..tup esoknya sumer daun tukar warna..pastuh banyak daun gugur..cam musim luruh..sedeynyer...baru nak membesar poko cili ku..ditimpa masalah pula..
Tak per..itu semua dugaan...positif je la..fikir yang baik2 je..
Nak uploadkan gambar, segan la plak..sebab penuh ngan rumput...
hehehee..see ya next time..
Wassalammm...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home