Friday, May 14, 2010

Tak Ambil Peduli Atau Tak Kisah

Assalamualaikum...

Hari Jumaat bagi bees adalah hari yang paling tenang dalam 1 minggu. Bukan sebab semangat kerja tak tinggi, kerja tetap macam hari biasa..tapii entahhh..Alhamdulillah..Pada hari jumaat ini bees masih lagi dapat bernafas dibumi Allah yang penuh rahmat ini.

Hari ni, awal2 pagi jalan agak sesak sedikit. Tak tahu kenape??Semalam petang masa balik kerja pun sama. Sesak sampai kat depan kilang sharp

5.50pm(khamis)
"ada x-cident kot yang". sambil memanjangkan kepala untuk lihat2 apa yg berlaku kat depan tu.
" macam x jalan je. kenderaan arah bertentangan pun x banyak."
"kita ikut short-cut depan la. trus ke traffict light depan."
"Lepas traffict light ni pun cam x jalan je."
" kita patah balik lalu parit karjo je la."
"ok juga tu."
hubby trus masuk susur sharp dan keluar semula.
"apa kata kita lalu sri bengkal je la." tiba2 idea hubby kuar camtu.
'Ok je. lagi pun x jauh sangat cam parit karjo tu." bees buat gaya mem dok sebelah..
hubby je tau gaya mem bees camne..hehehee
Sampai uma jam da kul 7.05pm. emak mertua pun da siap masak. x sempat nak tolong. Alhamdulillah dan sangat beruntung dapat MIL yang cam tu. Amin.

7.55am(Jumaat)
"Kenape eh semalam jem teruk sangat kat bandar?" bees trus tanyer officemate yg dok sebelah bees. dia dok bandar, satu jalan ngan bees. tapi dia balik awal.
"awak tak tau ke?"
"kenape?"
"Habib Ali (Habib Ali Al Idrus) meninggal."
bees pun sedekah Al-Fatihah
"siapa dia tu?".
"Tak tau ke?. AuliyaUllah."
"Alamak, x kenal la saya." masih tercari2.
"Beliau adalah dari keturunan Nabi Muhammada SAW. ."
Sungguh bees terkedu masa tu. Bees sangat tak sangka bahawa ada dari kalangan susur galur keluarga Nabi Muhammad SAW yang tinggal di batu pahat ini. Sangat Elok ketentuan Allah itu. Bagi mereka yang duduk disekitarnya mungkin dah tahu lama, tapi bagi bees yang masih muda dan cetek ilmunya ini banyak lagi harus dipelajari.
" Orangnya biasa, dan merendah diri tapi ilmu agamanya sangat tinggi. Beliau tidak mahu dipuja tetapi hanya berkongsi ilmu agama yang patut disampaikan kepada umat Muhammad yang lain."
"oo..." hanya itu yang terkular dari mulut bees waktu itu.
"Petang semalam memang ramai kat bp tu, sampai polis trafik bertugas untuk kawal lalulintas. bukan setakat orang batu pahat saja, tapi org singapura, indonesia, pun ada datang n dll. blaa..blaaa..(sekitar kesesakan di bp n kisahnya).

Bees dengar dengan penuh minat. pastu apa lagi..
jari bees trus laju menaip pada searching box HABIB ALI. Nah, rupa-rupanya...bees trus memandang screen dan trus mencari, membaca, menghayati dan memahami..

ALLAHUAKBAR...
(sambil dengar lagu dari opick- bila tiba saat itu. Dan bait2 lagu tu memang sungguh mendalam).

bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu tlah terhenti
teman sejati tianggallah sepi


Wassalam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home