Bulan Rejab
Assalamualaikum..
Saya dapat artikel ini daripada satu forum.
oleh Haji Khamis Haji Ahmad
Bulan Rejab adalah salah satu daripada bulan-bulan haram dan padanya berlaku Israk dan Mikraj, dan padanya disyariatkan solat lima waktu sehari semalam; orang-orang ‘Arab zaman jahiliyah mengagung-agungkan bulan Rejab ini dan mereka menamakannya bulan Al-Ashamm, bulan yang pekak, kerana pada bulan ini tiada kedengaran jeritan, tangisan, pertempuran dan bunyi senjata bertarung dalam peperangan kerana bulan Rejab adalah bulan damai, bulan diharamkan peperangan.
Setelah kedatangan Islam sisa-sisa jahiliyah itu (mengagung-agungkan bulan Rejab) masih lagi berkekalan, apalagi kerana Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w. pada bulan itu.Tukang-tukang dan ahli-ahli bid’ah lalu mengambil kesempatan membuat hadis-hadis palsu yang menyatakan keutamaan-keutamaan atau kelebihan-kelebihan bulan ini dan kemudian lahirlah beberapa jenis ibadah yang tidak disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. dan tidak pula dilakukan oleh para sahabat dan golongan salaf r.a.
Diantara contoh-contoh amalan-amalan bid’ah bulan Rejab ialah :
1. Mengadakan solat khusus pada malam pertama bulan Rejab.
2. Mengadakan solat khusus pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rejab yang dinamakan ArRorhoib.
3. solat khusus pada malam Nisfu Rejab (pertengahan atau 15 hb).
4. solat khusus pada malam 27hb.Rejab (malam Israk dan Mikraj).
5. Puasa khusus pada 1hb.Rejab.
6. Puasa khusus hari Khamis minggu pertama bulan Rejab.
7. Puasa khusus pada hari Nisfu Rejab.
8. Puasa khusus pada 27 hb.Rejab.
9. Puasa pada awal, pertengahan dan akhir bulan Rejab.
10. Berpuasa khusus sekurang-kurangnya sehari pada bulan Rejab.
11. Memperbanyakkan Istirhfaar khusus pada bulan Rejab.
12. an banyak lagi contoh-contoh lain .....
Menyentuh tentang keutamaan atau kelebihan bulan Rejab ada segelintir asatizaah yang mengajar dimasjid-masjid mengajarkan bahawa Rejab adalah nama sebuah sungai disyurga. Untuk dapat minum air sungai itu hendaklah berpuasa khusus tiga hari berturut-turut pada bulan Rejab.
Banyak lagi kisah-kisah dongeng dan dusta diajarkan atau diperdengarkan kepada orang atau orang-orang didalam bulan Rejab.
Sebenarnya tidak ada sebuah hadis pun yang sahih atau sah dari Rasulullah s.a.w. mengenai keutamaan atau kelebihan bulan Rejab dan amalan-amalan yang khusus padanya.Yang ada banyak ialah hadis-hadis daif (lemah) dan maudhu’ (palsu).
Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqolani berkata : “Tidak ada hadis sahih yang dapat dijadikan dalil atau hujjah mengenai keutamaan atau kelebihan bulan Rejab, mengenai puasanya, mengenai hari yang khusus untuk bersolat padanya”. (Fiqqus Sunnah 1 muka surat 383)
Imam Asy-Syaukani menukilkan pendapat ‘Ali bin Ibrohim al-‘Aththor yang berkata dalam sebuah risalahnya :
“Bahawa apa yang diriwayatkan orang mengenai keutamaan atau kelebihan puasa khusus Rejab semuanya maudhu’ belaka dan daif tidak ada asalnya”. an beliau berkata lagi : “Adalah ‘Abdullah Al-Anshori tidak berpuasa khusus bulan Rejab dan beliau melarangnya serta berkata :”Tidak ada sesuatu pun hadis yang sahih dari Nabi Muhammad s.a.w. mengenai perkara ini”. Apa-apa yang dilakukan sekarang ini (yakni ibadah khusus seperti solat dan puasa oleh sebahagian besar umat Islam dan segelintir orang-orang ‘aalim) iaitu mengeluarkan zakat khusus pada bulan Rejab, tidak dibulan lain adalah tidak ada asalnya.
Demikian pula dengan amalan-amalan penduduk Makkah yang memperbanyakkan umrah pada bulan Rejab, tidak di bulan lain. Ini juga tidak ada asalnya.
Diantara perkara atau ibadah-ibadah yang diada-adakan orang dibulan Rejab dan Sya’baan ialah mereka bersungguh-sungguh mengerjakannya dalam bulan-bulan ini padahal tidak begitu dibulan-bulan lainnya.
Ada diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. memerintah Nabi Nuh supaya membuat bahtera pada bulan Rejab dan menyuruh orang-orang mu’min yang bersama-samanya supaya berpuasa Rejab adalah riwayat hadis maudhu’ belaka. (Kitab Al-Fawaa-id muka surat 440)
Contoh-contoh amalan yang telah diberikan dan contoh-contoh lain yang tidak sempat diberikan tidak lain daripada amalan-amalan bid’ah dan apa yang dikatakan hadis Nabi s.a.w. adalah kebohongan yang sangat nyata dari segi sanad dan matannya. Terkutuklah orang atau orang-orang yang mengamalkannya dan yang menyibarkannya atau yang menyampaikannya.
Sebenarnya perbahasan dan perbincangan kita ini masih banyak dan panjang lagi.Inilah dahulu yang dapat disampaikan perkara-perkara yang terpenting. Ada pun perbahasan atau perbincangan selanjutnya silalah para netters yang budiman sekelian baca didalam Kitab amalan Bid’ah Pada Bulan Muharam, Rejab, Sya’ban Dan Ramadhan susunan Drs. Abdul Ghani Azmi Bin Hj.Idris dari muka surat 39 hingga 139.
Mudah-mudahan memberi banyak manfaat kepada diri saya sendiri, keluarga dan para netters sekelian yang sentiasa, jujur dan bersungguh mencari ilmu, amal dan kebenaran yang berteraskan kepada Al-Quran dan Alhadis nabi yang sahih. amin.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home