Friday, November 13, 2009

Cord Blood

What is Cord Blood and do we know about cord blood banking?

Thursday, November 12, 2009

Sesuatu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni tamatlah kursus alat yang baru sampai, AiREC. Tadi tengok citer Tower 13. Episode akhir rupanya. Skang barulah faham asal citernya. Kalau tak tengok tadi memang tak faham. Pengakhiran yang dibuat sedemikian rupa, menjanjikan penonton tertunggu-tunggu setiap minggu. Cuma apa yang disampaikan tu sedikit bertentangan dengan roh manusia yang telah meninggal dimana terpisah oleh dinding barzakh. Apapun itu cuma cerita rekaan manusia. Kelemahan itu datang dari diri manusia sendiri dan yang sempurna itu datangnya dari ALLAH.

Apapun,lain yang bees nak coretkan malam ni. Ada terbaca satu ruangan di reader digest. Petikan kata dari Frank Ferri.

GIVE IT UP FOR THE SURGEON GENERAL

What if musicians ran the country?
Here's a possible presidential cabinet:

Secretary of Energy : AC/DC
Secretary of Labour : Men at work
Secretary of Defencde : Guns N' Roses
Secretary of Transportation : Journey
Secretary of Education : The Lettermen
Secretary of Treasury : Dire Straits
Attorney General : The Righteous Bothers
Secretary of Agriculture : The Black Eyed Peas
Offce of Management and Budget : Cheap Trick
Drug Enforcement Administartion : The Temptations
Food and Drug Administration : Red Hot Chilli Peppers
Secretay of Housing and Urban Development : Crowded House

by Frank Ferrari

Tuesday, November 10, 2009

Tinggal Kenangan_Sadik

Assalamualaikum..
Masa bees bercuti arituh anak kucing bees mati. Emak pun tak tahu kenape??mungkin emak dia x nak bagi susu kat dia kot..dah la kecik..Sian dia.. Sadik manja ngan hubby, tak macam adik dia penakut ngan orang...Nak amik dia, terus lari bawah meja telepon..




SadIK

Monday, November 09, 2009

Hari-hari yang biasa

Assalamualaikum..
Sedia maklum bulan nov hingga dis adalah musim hujan. Bulan ini juga bermulanya cuti sekolah. Maka ramainlah juga akan pergi bercuti, x kira dalam negara ataupun luar negara. Apa yang pastinya banyak hotel sudah penuh.
Dah musim cuti nih, hubby ada ajak pi cuti lagi bulan disember nanti. Tempat hubby rahsiakan. Bees pun tak tau juga, haritu hubby tanye nak cuti kat maner? Bees x tau nak cuti kat mana, so serah lah sumer kat hubby.
Petang ni hujan lagi. Sama juga dengan semalam. Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari..huhuhu..Alhamdulillah syukur hujan...Dalam keadaan cuaca sebegini tidak digalakkan berkelah di kawasan sungai..so berkelah lah kat tempat lain..Depan umah ke, ok juga tu...

Thursday, November 05, 2009

Satio_Aino_Yari From Sony Ericsson

Assalamualaikum..

Dari dolo bees memang guna hphone jenis ni, sebab tahan lama..Bees bukan jenis yang suka tukar2 hphone. Tapi kalau ada yang offer nak hphone ape mesti nak yang baru skit..Bees dolo start pakai T10. Lama gak pakai hphone tu. Jatuh da banyak kali da..Last bees baling n hancur berkecai...huhuhuuu...Pastu guna plak K320. Nih pun lama gak pakai. Masih boleh digunakan lagi sampai skang. Tapi nak dijadikan cerita saja nak tukar angin bli la hphone k810i tahun 2007..kat bawah nih ada la skit pic yg diambil dari web sony ericsson buat tatapan mataku....

Yang mana menjadi pilihan hati?? SATIO (IDOU)_AINO_YARI




Satio (Idou)




General 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 900 / 2100

HSDPA 850 / 1900 / 2100 - Satio(a) for the Americas
Announced 2009, February
Status Available. Released 2009, October
Size Dimensions 112 x 55 x 13 mm
Weight 126 g
Display Type TFT touchscreen, 16M colors
Size 360 x 640 pixels, 3.5 inches

- Accelerometer sensor
Sound Alert types Vibration; Downloadable polyphonic, MP3, AAC ringtones
Speakerphone Yes
Memory Phonebook Practically unlimited entries and fields, Photocall
Call records Detailed, max 30 days
Internal 128 MB storage; 256 MB RAM
Card slot microSD (TransFlash), up to 32GB, 8GB included, buy memory
Data GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
HSCSD Yes
EDGE Class 10, 236.8 kbps
3G HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 3.6 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11 b/g, DLNA
Bluetooth Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port No
USB Yes, v2.0
Camera Primary 12 MP, 4000 x 3000 pixels, autofocus, xenon flash, video LED flash
Features Touch focus, geo-tagging, face and smile detection
Video Yes, VGA@30fps
Secondary VGA videocall camera
Features OS Symbian Series 60, 5th edition
CPU ARM Cortex A8 600 MHz, PowerVR SGX graphics
Messaging SMS, MMS, Email, IM
Browser WAP 2.0/HTML, RSS reader
Radio Stereo FM radio with RDS
Games Yes + downloadable
Colors Black, Silver, Bordeaux
GPS Yes, with A-GPS support
Java Yes, MIDP 2.0

- Google maps
- WMV/RV/MP4/3GP video player
- MP3/WMA/WAV/RA/AAC/M4A music player
- Organizer
- Gesture control
Battery
Standard battery, Li-Po 1000 mAh
Stand-by Up to 360 h (2G) / Up to 340 h (3G)
Talk time Up to11 h (2G) / Up to 4 h 50 min (3G)

Aino



General 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 850 / 900 / 2100
HSDPA 850 / 1900 / 2100 Aino (a) for Americas
Announced 2009, May
Status Available. Released 2009, October
Size Dimensions 104 x 50 x 15.5 mm
Weight 134 g
Display Type TFT capacitive touchscreen, 16M colors
Size 240 x 432 pixels, 3.0 inches
- Accelerometer sensor for auto-rotate
- Limited touchscreen functionality
Sound Alert types Vibration; Downloadable polyphonic, MP3, AAC ringtones
Speakerphone Yes, with stereo speakers
Memory Phonebook 1000 x 20 fields, Photo call
Call records 30 received, dialed and missed calls
Internal 55 MB
Card slot microSD (TransFlash), up to 32GB, 8GB included, buy memory
Data GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
HSCSD Yes
EDGE Class 10, 236.8 kbps
3G HSDPA, 7.2 Mbps; HSUPA, 2 Mbps
WLAN Wi-Fi 802.11 b/g, DLNA
Bluetooth Yes, v2.1 with A2DP
Infrared port No
USB Yes, v2.0
Camera Primary 8.1 MP, 3264x2448 pixels, autofocus, LED flash
Features Touch focus, geo-tagging, face detection, image stabilizer, smart contrast, red-eye reduction, videocalling
Video VGA@30fps
Secondary No
Features Messaging SMS (threaded view), MMS, Email
Browser WAP 2.0/HTML (NetFront 3.5), RSS reader
Radio Stereo FM radio with RDS
Games Yes, incl. motion-based + downloadable
Colors Obsidian Black, Luminous White
GPS Yes, with A-GPS support; Wayfinder Navigator
Java Yes, MIDP 2.0
- Remote play for Playstation 3
- MP3/AAC/MP4 player
- Google Maps
- Picture editor/blogging
- YouTube & Facebook applications
- Organizer
- Voice memo
- SensMe
- T9
Battery Standard battery, Li-Po 1000 mAh
Stand-by Up to 380 h (2G) / Up to 367 h (3G)
Talk time Up to 13 h (2G) / Up to 4 h 30 min (3G)
Music play Up to 31 h

Yari



General 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 900 / 2100
HSDPA 850 / 1900 / 2100 - Yari (a) for Americas
Announced 2009, May
Status Available. Released 2009, September
Size Dimensions 100 x 48 x 15.7 mm
Weight 115 g
Display Type TFT, 256K colors
Size 240 x 320 pixels, 2.4 inches
- Accelerometer sensor
Sound Alert types Vibration; Downloadable polyphonic, MP3, AAC ringtones
Speakerphone Yes, with stereo speakers
Memory Phonebook 1000 x 20 fields, Photo call
Call records 30 received, dialed and missed calls
Internal 60 MB
Card slot microSD (TransFlash), up to 16GB, 1GB included, buy memory
Data GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
HSCSD Yes
EDGE Class 10, 236.8 kbps
3G HSDPA, 3.6 Mbps
WLAN No
Bluetooth Yes, v2.0 with A2DP
Infrared port No
USB Yes, v2.0
Camera Primary 5 MP, 2592 x 1944 pixels, autofocus, LED flash
Features Geo-tagging, face detection, image stabilizer
Video Yes, QVGA@30fps, video light
Secondary Videocall camera
Features Messaging SMS (threaded view), MMS, Email, IM
Browser WAP 2.0/HTML (NetFront), RSS reader
Radio Stereo FM radio with RDS
Games Yes, gesture and motion gaming + downloadable
Colors Achromatic Black, Cranberry White.
GPS Yes, with A-GPS support; Wayfinder Navigator
Java Yes, MIDP 2.0
- MP3/AAC/MP4 player
- TrackID music recognition
- Picture editor/blogging
- YouTube application
- Organizer
- Voice memo
- Shake control
- SensMe
- T9
Battery Standard battery, Li-Po 1000 mAh
Stand-by Up to 450 h (2G) / Up to 450 h (3G)
Talk time Up to 10 h (2G) / Up to 4 h 30 min (3G)


p/s:Kalau dapat Satio, bestnyeeeeee..huhuhuhuuuu...

Insurace

Assalamualaikum..

Pagi ni bees nak buka topik pasal Insurance. Tak kisah la samada insurance nyawa, perubatan dll. Ada bg tau amik je insurance nih..baik utk diri sendiri dan keluarga. Ada kawan bees ambil banyak jenis insurance. Kawan datang promote insurance terus amik, sebab nak kawan-kawan. Tapi nak tolonpun tengok la keadaan dolo. Ini tidak, baru kena ayat baik skit trus amik. Tak fikir panjang. Tapi yang penting kita semua mesti ada insurance.

Apa pandangan anda semua mengenai insurance???

Wednesday, November 04, 2009

Kad Kredit

Assalamualaikum..

Hari ni bees nak buka topik mengenai 'Kad Kredit'. Kad kredit sudah sinonim dengan individu di Malaysia. Ada kawan bees yang suka dengan kredit kard, mungkin sebagai collector. Itu mungkin hobinya. Entahlah, rasa pelik jer. Mungkin mereka nih tertarik dengan goodeis yang ditawarkan. Biasanya selepas mendaftar mereka akan diberi payung, baju, buku, topi dll. Tidak salah memiliki kredit kad tetapi tahu menggunakan dengan cara yang betul.

Ada yang menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak kenderaan, ada juga untuk shopping. Kad kredit penting juga untuk membuat booking hotel. Biasanya bagi yang banyak travelling atas urusan perniagaan ataupun bercuti. Kad kredit jika digunakan secara bijak banyak memeberikan kebaikan kepada kita semua. Inilah salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi negara.

Menggunakan kad kredit ada caranya. Guna secara berhemah dan jangan sesekali menggunakan hingga had maksima. Apabila berbelanja rancanglah dahulu apa yang perlu dibeli. Dahulukan keperluan daripada kehendak. Selain wang tunai, boleh juga gunakan kad debit sebagai alternatif.

Anda pula bagaimana???Apa pandangan anda sebagai pengguna kad kredit??


Tuesday, November 03, 2009

DuiT..SimpAn..DuiT..LAbuR..DuiT..BeLAnjA..DuiT..DuiT..

Assalamualaikum...

Topik yang bees nak bawa hari ni ialah duit...ada yang gunakan perkataan wang/pitih/fulus/money...tapi itu semua menunjukkan kepada suatu benda yang sama..ada RM, Yen,Euro, USD,AUD, SD,Rupee bergantung kepada negara. Ada nilai yang tinggi dan ada nilai yang rendah bergantung kepada tukaran matawang.
Manusia saban hari semakin runsing memikirkan mengenai duit. Hampir keseluruhan pergerakan harian memerlukan duit. Semakin hari duit dirasakan tidak mencukupi. Kalau ada duit 1 beg, mungkin juga tak cukup. Nak belanja itu dan ini. Kita pernah mendengar manusia ini akan menjadi hamba duit. Buat apa saja asalkan boleh dapat duit. Semakin obses dengan duit. Bila duit sudah menguasai hidup banyak perkara yang tidak baik daripada perkara yang baik berlaku. Duit..duit...duit..dan duit..
Namun kini banyak cara boleh kita memperolehi duit. Pilih saja jalan yang lurus ataupun jalan kurang lurus (ayat sopan). Mahu yang cepat ataupun yang lambat. Salah satunya skim cepat kaya. Sedia maklum skim ini mendatangkan keburukan daripada kebaikan tetapi masih ramai lagi yang terperangkap dengan skim ini. Apakah yang difikirkan oleh mereka yang melabur di dalam skim itu???Dengan hanya dijanjikan dengan imbuhan yang banyak bakal diperolehi tanpa berfikir panjang terus mengeluarkan semua wang simpanan. Ada yang mengeluarkan dari simpanan haji, pencen dsb. Dalam situasi ini, akal yang waras sudah mati. Diganti dengan ketamakan yang memuncak seperi meletusnya gunung berapi. Bukan hanya tulisan saja tetapi di dalam realiti telah berlaku. Pernah terbaca di subuah akhbar, seorang lelaki telah ditipu oleh geng skim cepat kaya dan mengeluarkan wang simpanannya untuk mengerjakan fardhu haji pada tahun yang sama. Tidak terkilankan mereka ini. Duit yang sepatutnya digunakan untuk menunaikan rukun islam yang kelima digunakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan kepadanya. Manusia kalah dengan duit. Manusia lupa dengan duit..duit..duit...
Ada juga terdengar rakan yang mengalami kesempitan duit. Saya sendiri tidak pasti bagaimanakah dia menguruskan kewangan keluarga. Perancangan yang bagaimana harus dilakukan. Yang bekeluarga mungkin boleh dimaafkan sedikit. Ada pula yang bujang kesempitan duit. Mahu katakan dia mempunyai keluarga yang besar tidak juga. Ayah bekerja, ibunya juga bekerja. Yang tinggal hanya dia sebagai anak bongsu. Duduk bersama keluarga, makan ditanggung, semua ditanggung tetapi diri sendiri tidak tertanggung. Bagaimana pula jika sudah berkeluarga. Anak dan isteri mahu ditanggung. Tanggungjawab yang besar. Bukan boleh main-main. Tak kan lah sudah berumah tangga tetapi masih mengharapkan duit dari ibu atau ayah.
Bagi yang bujang, beringatlah dan sedar akan perkara ini. Jangan dibiarkan perkara ini melarat. Jangan ikutkan darah muda. Hanya tahu modified kereta yang sedia ada sudah cantik ataupun mahu lebih laju, joli sana sini, suka bertukar-tukar kereta dll. Kalau banyak duit tak kisah la juga tapi beringatlah. Jangan suka membazirkan duit atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Banyak cara untuk mengastasi masalah duit. Jika masalah ini tidak berlaku sekarang, esok lusa siapa yang tahu.
Sikap yang perlu ada setiap individu jika mahu tidak kesempitan duit ialah MENABUNG. Ataupun kita boleh katakan simpanan samada dalam bentuk simpana yang tetap ataupun semasa. Sikap menabung seharusnya dididik daripad peringkat awal lagi. Tetapi jika sudah dewasa masih belum terlewat untuk melakukan ini. Pastikan kita menyimpan 1/3 gaji. Bagi sesetengah individu agak mustahil. Sebagai contoh kita menyimpan seratus ringgit sebulan pada kadar tetap dalam tempoh setahun. Jika setiap bulan gaji masih mempunyai baki yang agak konsisten setiap bulan, masukkan baki tersebut di dalam akaun simpanan. Buatlah simpanan di bank yang mempunyai kadar dividen yang agak baik, seperti ASB,ASW, Tabung haji dan lain-lain bank bergantung kepada individu tersebut.
Kadang kala kita terleka dengan not kertas sahaja sehingga terlupa akan nilai duit syiling. Masih ada lagi 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Pernah juga terlihat duit syiling bersepah dirumah. Seperti tiada nilainya. Jika tiada 5sen tak akan ada 10sen, 15sen,rm120.45 dan begitu juga yang lain. Ia memang kecil tapi besar nilai pada asasnya. Sebagai contoh apabila balik dari bekerja, mungkin baki makan tgh hari boleh disimpan dalam tabung dirumah. Kalau sehari 50, seminggu rm3.50. Jika sebulan, setahun. 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.
Ada juga rakan membuat duit dengan forex. Jika mahir dan boleh membuat prediction dengan tepat, keuntungan yang diperolehi juga besar. Tetapi tidak semua yang boleh berjaya dengan cara ini. Jika ingin melabur dalam forex perlulah ilmu yang cukup, jangan ikut kawan. Kawan Sell kita sell, kawan buy, kita pun bye, akhirnya kawan bye-bye la. Jatuh terlungkup dan terlentang. Kesungguhan dan kesabaran perlu ada. Ingat tu.
Ada juga yang membuat pelaburan jangka masa panjang dan pendek. Contoh adalah insurance dan public mutual ataupun melalui bank rakyat. Banyak lagi sumber yang harus dicari.

Bagaimana pula dengan membuat pinjaman bank dan pihak bank akan laburkan wang tersebut. Apa pandangan rakan-rakan semua???

Sekadar pandangan daripada bees.