Tuesday, November 03, 2009

DuiT..SimpAn..DuiT..LAbuR..DuiT..BeLAnjA..DuiT..DuiT..

Assalamualaikum...

Topik yang bees nak bawa hari ni ialah duit...ada yang gunakan perkataan wang/pitih/fulus/money...tapi itu semua menunjukkan kepada suatu benda yang sama..ada RM, Yen,Euro, USD,AUD, SD,Rupee bergantung kepada negara. Ada nilai yang tinggi dan ada nilai yang rendah bergantung kepada tukaran matawang.
Manusia saban hari semakin runsing memikirkan mengenai duit. Hampir keseluruhan pergerakan harian memerlukan duit. Semakin hari duit dirasakan tidak mencukupi. Kalau ada duit 1 beg, mungkin juga tak cukup. Nak belanja itu dan ini. Kita pernah mendengar manusia ini akan menjadi hamba duit. Buat apa saja asalkan boleh dapat duit. Semakin obses dengan duit. Bila duit sudah menguasai hidup banyak perkara yang tidak baik daripada perkara yang baik berlaku. Duit..duit...duit..dan duit..
Namun kini banyak cara boleh kita memperolehi duit. Pilih saja jalan yang lurus ataupun jalan kurang lurus (ayat sopan). Mahu yang cepat ataupun yang lambat. Salah satunya skim cepat kaya. Sedia maklum skim ini mendatangkan keburukan daripada kebaikan tetapi masih ramai lagi yang terperangkap dengan skim ini. Apakah yang difikirkan oleh mereka yang melabur di dalam skim itu???Dengan hanya dijanjikan dengan imbuhan yang banyak bakal diperolehi tanpa berfikir panjang terus mengeluarkan semua wang simpanan. Ada yang mengeluarkan dari simpanan haji, pencen dsb. Dalam situasi ini, akal yang waras sudah mati. Diganti dengan ketamakan yang memuncak seperi meletusnya gunung berapi. Bukan hanya tulisan saja tetapi di dalam realiti telah berlaku. Pernah terbaca di subuah akhbar, seorang lelaki telah ditipu oleh geng skim cepat kaya dan mengeluarkan wang simpanannya untuk mengerjakan fardhu haji pada tahun yang sama. Tidak terkilankan mereka ini. Duit yang sepatutnya digunakan untuk menunaikan rukun islam yang kelima digunakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan kepadanya. Manusia kalah dengan duit. Manusia lupa dengan duit..duit..duit...
Ada juga terdengar rakan yang mengalami kesempitan duit. Saya sendiri tidak pasti bagaimanakah dia menguruskan kewangan keluarga. Perancangan yang bagaimana harus dilakukan. Yang bekeluarga mungkin boleh dimaafkan sedikit. Ada pula yang bujang kesempitan duit. Mahu katakan dia mempunyai keluarga yang besar tidak juga. Ayah bekerja, ibunya juga bekerja. Yang tinggal hanya dia sebagai anak bongsu. Duduk bersama keluarga, makan ditanggung, semua ditanggung tetapi diri sendiri tidak tertanggung. Bagaimana pula jika sudah berkeluarga. Anak dan isteri mahu ditanggung. Tanggungjawab yang besar. Bukan boleh main-main. Tak kan lah sudah berumah tangga tetapi masih mengharapkan duit dari ibu atau ayah.
Bagi yang bujang, beringatlah dan sedar akan perkara ini. Jangan dibiarkan perkara ini melarat. Jangan ikutkan darah muda. Hanya tahu modified kereta yang sedia ada sudah cantik ataupun mahu lebih laju, joli sana sini, suka bertukar-tukar kereta dll. Kalau banyak duit tak kisah la juga tapi beringatlah. Jangan suka membazirkan duit atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Banyak cara untuk mengastasi masalah duit. Jika masalah ini tidak berlaku sekarang, esok lusa siapa yang tahu.
Sikap yang perlu ada setiap individu jika mahu tidak kesempitan duit ialah MENABUNG. Ataupun kita boleh katakan simpanan samada dalam bentuk simpana yang tetap ataupun semasa. Sikap menabung seharusnya dididik daripad peringkat awal lagi. Tetapi jika sudah dewasa masih belum terlewat untuk melakukan ini. Pastikan kita menyimpan 1/3 gaji. Bagi sesetengah individu agak mustahil. Sebagai contoh kita menyimpan seratus ringgit sebulan pada kadar tetap dalam tempoh setahun. Jika setiap bulan gaji masih mempunyai baki yang agak konsisten setiap bulan, masukkan baki tersebut di dalam akaun simpanan. Buatlah simpanan di bank yang mempunyai kadar dividen yang agak baik, seperti ASB,ASW, Tabung haji dan lain-lain bank bergantung kepada individu tersebut.
Kadang kala kita terleka dengan not kertas sahaja sehingga terlupa akan nilai duit syiling. Masih ada lagi 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen. Pernah juga terlihat duit syiling bersepah dirumah. Seperti tiada nilainya. Jika tiada 5sen tak akan ada 10sen, 15sen,rm120.45 dan begitu juga yang lain. Ia memang kecil tapi besar nilai pada asasnya. Sebagai contoh apabila balik dari bekerja, mungkin baki makan tgh hari boleh disimpan dalam tabung dirumah. Kalau sehari 50, seminggu rm3.50. Jika sebulan, setahun. 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.
Ada juga rakan membuat duit dengan forex. Jika mahir dan boleh membuat prediction dengan tepat, keuntungan yang diperolehi juga besar. Tetapi tidak semua yang boleh berjaya dengan cara ini. Jika ingin melabur dalam forex perlulah ilmu yang cukup, jangan ikut kawan. Kawan Sell kita sell, kawan buy, kita pun bye, akhirnya kawan bye-bye la. Jatuh terlungkup dan terlentang. Kesungguhan dan kesabaran perlu ada. Ingat tu.
Ada juga yang membuat pelaburan jangka masa panjang dan pendek. Contoh adalah insurance dan public mutual ataupun melalui bank rakyat. Banyak lagi sumber yang harus dicari.

Bagaimana pula dengan membuat pinjaman bank dan pihak bank akan laburkan wang tersebut. Apa pandangan rakan-rakan semua???

Sekadar pandangan daripada bees.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home