Wednesday, November 04, 2009

Kad Kredit

Assalamualaikum..

Hari ni bees nak buka topik mengenai 'Kad Kredit'. Kad kredit sudah sinonim dengan individu di Malaysia. Ada kawan bees yang suka dengan kredit kard, mungkin sebagai collector. Itu mungkin hobinya. Entahlah, rasa pelik jer. Mungkin mereka nih tertarik dengan goodeis yang ditawarkan. Biasanya selepas mendaftar mereka akan diberi payung, baju, buku, topi dll. Tidak salah memiliki kredit kad tetapi tahu menggunakan dengan cara yang betul.

Ada yang menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak kenderaan, ada juga untuk shopping. Kad kredit penting juga untuk membuat booking hotel. Biasanya bagi yang banyak travelling atas urusan perniagaan ataupun bercuti. Kad kredit jika digunakan secara bijak banyak memeberikan kebaikan kepada kita semua. Inilah salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi negara.

Menggunakan kad kredit ada caranya. Guna secara berhemah dan jangan sesekali menggunakan hingga had maksima. Apabila berbelanja rancanglah dahulu apa yang perlu dibeli. Dahulukan keperluan daripada kehendak. Selain wang tunai, boleh juga gunakan kad debit sebagai alternatif.

Anda pula bagaimana???Apa pandangan anda sebagai pengguna kad kredit??


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home