Tuesday, April 13, 2010

Minggu kerja dan Peristiwa

Assalamualaikum..

Kupasan untuk minggu ni tak banyak sarasnya. Hanya kerja hunjung minggu. Rakaman Rowing 1 Malaysia 48 jam tanpa henti utk Malaysia Book Of Records. Bees ada juga try machine rowing tu,puuhh...rasa nak tercabut jantung..Itu la kalau x der skill n main terjah je kan..pastu x de wat warm-up..Kena la ikut tertib baru la x sakit2 badan..Terasa laa juga kaki n lengan nih..Sib baik kita org wat shift antara yg lain2...kalo x maunya mata nih bengkak n merah macam ikan merah..

kul 7 da start utk last day..habis shift bees kul 2.30..trus je balik uma..malam plak ada training bowling..Rasa da x larat nak baling bola tu..Ingatkan nak main 3 game je, tapi hubby ajak main 6 game..so ikut je la.
"kena biasakan main 6 game, sok kalo tournament x de la pancit".
"tapi da larat sangat la".
"baling perlahan je. yang penting konsisten".
"errrmm..camne la nak wat nih".

Sampai uma kul 11.15 n trus makan..Sian..emak pun x makan lagi..tunggu kami balik agaknya. dah soh makan dolo, tapi mungkin makan sorang2 x best kot. Abih makan trus je masuk bilik..tengok tv sebelum tido..tiba-tiba

"lid..oo..lid..".
"saya mak"..
"ada denga bunyi ayam tadi..bla...bla.."
rupanya petang tadi ayam x masuk sumer..dah maghrib pun x nak masik reban..sudahnya tutup je la pintu.
"cuba pegi tgk kat bawah tu. mane tau ayam tuh dok kat luar pintu reban".
"yang,..jom pi tgk".
"lampu picit bawa x?"
'"dah ade."
tengok kat luar reban tak der. bunyi anak ayam menciap ada la..trus suloh dalam reban..alamak....jeng..jengg..jengg...Ada ular sawa dalam reban cuba nak lepaskan diri. Ayam ibu sekor da kena belit..siann.. tgk ayam tu..alamak..apa nak buat ni..
"yang, tepon 999."
"ala ayg takut la..abg la tepon".
"ayang la tepon.."
"ok."
bergegas aku nak masuk umah
"lid..mak nak tengok".
"baik2 jalan mak".
"eeee..besoonyee...cepat tepon."
bees pun trus capai tepon umah..
999
"hello selamat pagi. boleh saya bantu."
"saya .... nak buat aduan mengenai ular. boleh sambungkan ke unit mane yang bertanggungjawab."
"ok boleh saya dapatkan maklumat puan"
"boleh.."
"nama..ic..alamat".
"blaa..blaa..blaa..."
"saya sambungkan ke JPA3."
nada trnsmitt..
"selamat pagi, pejabat jpa3 batu pahat."
"sya..bla..blaa..blaa.."
"puan boleh tunggu. sebentar lagi kami akan sampai."
"ok..terima kasih encik."
bees pun tunggu kat depan umah..takut x jumpa umah..hubby da bimbang..takut ular tu lari..kan dia kata panggilan palsu plak..naya plak nanti..tunggu punya tunggu..sampai juga akhirnya.van bomba n 4 krew dan 1 pegawai..alamak..ramainya..x kisahlah..janji ular tu mesti ditangkap.
"mana lokasinya."
"ada kat belakang tu, kat reban yam.."
keluarlah peralatan untuk menangkap. bila ular tu sedar ramai orang kat keliling dia, dia da start nak larikan diri. ayam tu pun dia lepaskan. Dengan skill yang ada akhirnya ular tersebut dapatlah dijerut..mula-mula melawan juga..biasala, bila rasa diri terancam dia akan bertindak agak agresif. Bila ada dapat tuh tengok ular tuh belit batang besi yang digunakan untuk tangkap tu..macam tuh la juga bila dia belit mangsanya..ngerriiii..trus je ular tu dimasukkan dalam karung..
" lepas tangkap ni, ular nih nak dibawa pi mane?"..
"kita akan lepaskan balik kat tempat biasa habitatnya. sungai batu pahat.."
tercengang..alamak..sungai batu pahat tu kan kat belakang umah nih juga..errkkk..takuttt..Dah habitatnya kat situ, x leh nak wat ape kan..kita sama-sama menumpang di bumi ALLAH.
" terima kasih encik datang malam-malam ni. mak cik kalau sorang2 memang tak berani nak dtg tgk tadi"
" sama-sama. kami pun da biasa ngan ular sawa nih. selalunya lagi besar dari nih."
errkkk..makin takut aku dengar..Apa pun Terima kasih kepada krew2 bomba yang terlibat. Abih je bomba balik , sambung sembang ngan emak plak..kul 2 lebih baru tido..zzzzzzzzzz

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home